PELANTIKAN ADVANCE PACT SEBAGAI WAKIL INDUSTRY BAGI JAWATANKUASA PENASIHAT PROGRAM ELEKTRONIK PERUBATAN DI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (JKE, PSA) sekali lagi telah melantik Advance Pact untuk menjadi Jawatan Kuasa Penasihat bagi Program Ijazah Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) di politeknik mereka bagi tempoh 2 tahun.

Wakil Advance Pact yang dilantik iaitu Norhazlin Jalalludin (General Manager, Red Rose Technology) telah menghadiri   Mesyuarat Jawatankuasa lndustri & Akademik pada 14 Disember 2022 yang lalu. Antara yang dibincangkan adalah untuk memastikan Program Elektronik Perubatan yang sedia ada selari dengan kehendak industri dan teknologi kini.

Beberapa wakil industri lain yang terlibat adalah daripada Edgenta, Medivest, MNE Solutions, Radibems dan Sazmed CAE Trading. Selain itu, wakil daripada pihak Medical Device Authority (MDA), wakil dari UiTM dan Encik Jeffry Mohamad Noor daripada BPK, KKM turut hadir pada sesi mesyuarat ini bagi berkongsi maklumat dan pandangan.

Caption 1: Sesi bergambar bersama wakil daripada pihak industri dan akedemik.

Caption 2: Norhazlin Jalalludin (General Manager, Red Rose Technology) menerima surat pelantikan sebagai wakil industri bagi Jawatankuasa Penasihat Program daripada Ts. Norazlina Jaafar (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSA).

Similar Posts